Wednesday 23 May 2012

Berapa Kali :(

Hidup ini penuh dengan liku kehidupan yang serba mencabar
hidup ini adakalanya indah namun terselit juga rasa duka di dalamnya
perlukah aku menerima kenyataan itu berkali-kali
sukarnya bagiku untuk melafazkannya dengan kata-kata
hati berkata sahaja, hanya aku sendiri yang memahaminya

Berapa kali aku perlu menerima perkara perit itu.
berapa kali aku perlu dilayan sebegini rupa
berapa kali aku perlu menjadi bahan suruhan orang lain
berapa kali aku perlu menjadi pembantu mereka sedangkan dalam masa yang sama aku ada tanggungjawabku yang tersendiri
dan berapa kali aku perlu merasa sakitnya hati

akukah yang berdosa atas semua ini.
akukah yang bersalah kerana terlalu ingin membantu mereka sehingga mengabaikan diri sendiri
akukah yang bersalah jika aku ingin melakukan yang terbaik dalam hidupku.
persoalan ini kerap kali bermain di mindaku.

namun demi sebuah matlamat yang ingin aku capai
aku redha
aku pasrah
aku menyerah
aku terima
lakukanlah apa yang mereka ingin lakukan ke atas diriku
aku hanya sekadar manusia biasa yang mempunyai rasa yang sama seperti mereka
dengan itu, aku terima takdirmu ya tuhan

semoga aku tabah dalam menghadapi hidup ini
dan kuatkan semangatku ya allah untuk terus setia bersamamu
amin ya rab.

Nukilan  si gadis yang berkecil hati,
Leeyana  Apoy :(

No comments:

Post a Comment