Saturday 16 June 2012

Syukurlah :)

Adakalanya kita perlu menangis 
agar kita tahu
hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa

Adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu
 betapa mahalnya nilai air mata

syukurlah kiranya ada yang menyakitimu
kerana dia mengajar erti tabah
syukurlah kiranya ada yang tidak mempedulikan dirimu
kerana dia mengajarmu erti berdikari
syukurlah sekiranya ada yang menjatuhkanmu
kerana dia menghebatkanmu untuk terus semula & bangun lagi 
dan 
syukurlah sekiranya ada yang menyiksamu
kerana dia mengajarmu erti kesabaran & ketabahan

wahai manusia, beryukurlah walau bagaimanapun keadaan dirimu
bersyukurlah walau bagaimana sakitnya dirimu
bersyukurlah selagi mampu
sesungguhnya ALLAH menyukai umat yang sentiasa bersyukur

andai memang sudah tertulis sebegini rupa
bersyukurlah
kerana hanya dengan bersyukur
hati akan tenang
hati akan redha &
pasrah dengan kehendakNya

bersyukurlah wahai manusia
bersabarlah wahai hati
bertenanglah wahai minda
sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya
mohon daripadaNya supaya semuanya berjalan dengan baik-baik sahaja
amin ya rab.

~ c0pied fr0m s0meb0dy & have a little edited by me ~

No comments:

Post a Comment