Thursday 14 June 2012

its c0me suddenly in my mind :'(

Assalammualaikum. 
serasa malam ini aku ingin melakar sebuah coretan bertemakan dunia dan akhirat
sebagai seorang hambaNya, kita perlu menunaikan tanggungjawab di dunia & akhirat
malam ini terasa diri sangat berdosa
banyak dosa di masa lalu
banyak yang telah diabaikan
banyak yang telah dibiarkan
walaupun aku tahu itu dosa namun masih teringin mencuba
walaupun aku tahu balasan ke atas semua yang aku lakukan
namun aku degil

aku bukan hamba allah yang baik
aku bukan anak yang baik
aku bukan manusia yang sempurna
aku bukan sahabat yang baik
aku hanya seorang manusia yang lemah yang berlumur dosa

kekadang ada orang yang berkata perkaatan "kalau" itu adalah menidakkan takdir
atau menolak takdir
tetapi kekadang aku fikir perkataan "kalau" itu mendorong kita untuk melakukan sesuatu
ayah selalu berkata kalau setiap kali beliau bercerita
perkataan kalau digunakan oleh beliau untuk merujuk kepada impiannya atau angan-angan beliau 
contohnya "kalau la bapa ni kaya, mesti kita senang kan"
hehe. ayah aku memag suka berangan-angan
beliau juga selalu berkata " tanpa angan-angan atau cita-cita, kita xkan dapat mencapai apa yang kita kehendaki". dan aku rasa kekadang betul juga kata-kata ayah aku nie kann.

berbalik semula kepada niat utama
kalau aku ni hamba allah yang baik, sempurna dan suci tanpa dosa
alangkah indahnya dunia dan akhirat sana
kalau aku ni anak yang baik, tidak perlu aku menerima hukuman di akhirat sana
kalau aku nie anak yang taat, aku mampu melaksanakan tanggunjawab aku dengan baik
semuanya kalau & akan berjaya dilaksanakan jika kita menginginkannya
dah terbukti kata-kata ayah aku kan

di dunia, banyak tanggungjawab yang kita kena laksanakan
indah di dunia tidak seindah di akhirat sana
namun jangan hanya mengejar akhirat tanpa menunaikan tanggungjawab dunia
rasa pelik kan ayat aku
macam tebalik. yes. memang xseperti selalu yang orang cakap 
"jangan mengejar dunia semata-mata tanpa memikirkan akhirat sana"
tapi ada juga ustaz yang berkata " akhirat memang wajib untuk dikejar tetapi tanggungjawab di dunia juga tidak boleh diabaikan"
tuhan itu adil
Allah itu maha mengetahui
Allah itu maha menyayangi
dan Allah sayang akan hambanya seperti Nabi Muhammad menyayangi umatNya

jadi, bersama-sama kita saling mengingati
jalankan tanggungjawab dunia dan akhirat kita secara seimbang
semoga kita ditunjukkan jalan yang lurus.
amin :)

salam jumaat.

No comments:

Post a Comment