Thursday 15 March 2012

Thinking :(

malam ini fikiran terasa kosong. aku xtau kenapa aku macam nie. adakah aku terlalu gembira kerana aku kerap berhubung dengannya atau sebaliknya. entah laa. kekadang aku gembira tetapi kekadang aku takut. takut kenapa aku sendiri tidak mengetahuinya. segan nak jumpa nnti pun ada. xtau napa.

aku kosong. fikiran kosong. jiwa kosong. entah3. kenapa3. akuuu bingung bin serabut sudah nie. rasa nak nangis pun ada. ya tuhan, berikan hambamu ketenangan.  kenapa kau diberi c0baan seperti ini. aku ingin kuat menghadapi hidup ini. aku sudah terlalu penat untuk semua ini ya tuhan. berikan aku kekuatan, kesabaranmu ya tuhan. aku hambamu yang paling lemah. *doa insan kerdil.

aku seakan-akan jauh dari dunia sebenar. anganku sehingga tidak menyedari bahawa aku memijak pada bumi yang nyata. mengapa aku seolah-olah terasa tidak berada di dunia yang indah ini. apakah yang sedang berlaku. adakah aku bermimpi. tidak. aku tidak bermimpi. aku tahu itu.


tengah-tengah aku melayan khayalan bersama belog ini aku terlihat kata-kata seotang budak nie. she say "Jangan buat salah!Jangan terlalu kecewa andai tersalah.Jangan takut nanti salah. Jangan ulangi perkara salah. Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah.Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah. Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah."

aku salah kerana mencintaimu. aku salah kerana terlalu menyayangimu dan aku salah kerana mengharapkanmu walaupun aku tahu ada dia yang lebih kau cintai. tetapi salah ka seorang gadis ingin merasakan semua itu. salahkah gadis itu ingin menjadi permaisuri hatimu. aku geram. aku marah dengan putaran kehidupan. mengapa harus begini. aku terseksa.

aku dah lama dah nak tanya dia pasal benda yang selalu menganggu fikiran aku nie. tapi aku takut. aku risau. aku bimbang. aku bimbang dia tersalah faham. aku xmahu. aku xnak. kepada awak, sebenanya kita takut bimbang dan risau awak mempermainkan kita. kita tahu awak tak boleh lupakan dia. awak kena bagitau saya kalau awak xbleh dengan saya. saya xnak awak terpaksa. saya xnak menangis buat kali yang ketiga. awak tahu kan bagaimana perasaan saya. awak tolong jujur dengan saya. saya boleh terima semua tu. *rintihan gadis yang tidak dicintai .


#awak, sejujurnya aku sangat mencintaimu :)


seikhlas saya: yayann naseer.



No comments:

Post a Comment