Sunday 18 March 2012

Perasaan '')

aku.
seorang gadis yang kerap terjatuh cinta pada orang yang salah.
kerap juga menyayangi orang yang salah.
aku juga sering menghadapi perkara yang disebabkan kesalahan aku.
aku salah kerana mencintainya.
aku salah kerana menyayanginya dengan sepenuh hatiku
dan aku salah kerana memaksa dia untuk menerimaku sedangkan dia mempunyai permaisuri hatinya.

namun salahkah aku kerana mengharapkanmu?
salahkah aku sekiranya ingin bersamamu semula?
salahkah aku jika ingin memiliki cintamu semula?
dan salahkah aku untuk terus mencuba mencintaimu walaupun aku sudah pernah terluka olehmu?
aku buntu. aku bingung. aku risau. aku bimbang & perasaan aku dapat menghidu sesuatu tentang dirimu.

aku sedar aku tidak layak untuk menjadi permaisurimu.
aku sedar aku tidak layak untuk berdampingan denganmu.
aku sedar aku tidak pernah bertaktha dihatimu.
tetapi aku tetap ingin berusaha untuk menjadi wanita yang pernah menyayangimu.
aku teringin sekali untuk membahagiakan dirimu walaupun untuk sejenak.
aku juga ingin engkau tahu bahawa hanya engkau yang pernah bertandang ke hati kecilku ini.

sayang,
seandainya aku bukan pilihanmu aku redha. aku pasrah & aku menyerah.
sekiranya enggkau bukan takdirku sekali lagi aku redha dengan ketentuannya.
andai engkau bukan jodohku mungkin ada yang terbaik untuk dirimu.
walaupun hati kecilku selalu berdoa untuk dijodohkan denganmu namun aku redha dengan kitaran kehidupanku.

padamu ya tuhanku,
dekatkanlah dia sekiranya dia jodohku.
& jauhkanlah dia sekiranya dia bukan jodohku.
amin ya rab.

aku yang sentiasa bersembunyi disebalik sebuah senyuman.






kakiku yang kerap melangkah kemana sahaja tujuannya.


aku yang bercel0teh: norliana nasir 

No comments:

Post a Comment